PROFIL SEKOLAH

KONSEP SEKOLAH WAWASAN 



      Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua tau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan di tempatkan dalam kawasan yang sama. Tiap – tiap buah sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu dengan yang lain dengan menggunakan jambatan penghubung( Link Way ). 





 MATLAMAT SEKOLAH WAWASAN

      Untuk mewujudkan perpaduan dikalangan murid-murid yang pelbagai bangsa dan latarbelakang. Untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Untuk menggalakkam integrasi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.




PIAGAM PELANGGAN





LAGU SEKOLAH



No comments:

Post a Comment