SEJARAH SK WAWASAN
SEKOLAH KEBANGSAAN WAWASAN PEKAN BARU |
Sekolah Kebangsaan Wawasan Pekan Baru adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini dua atau tiga buah sekolah rendah (dalam kes ini 2 buah) berlainan aliran akan ditempatkan di dalam kawasan yang sama. Tiap-tiap buah sekolah mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu dengan lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).
Di Pekan Baru, Parit Buntar kompleks sekolah wawasan terdiri daripada Sekolah Wawasan Pekan Baru (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Saint Mary’s dan Pejabat Pentadbiran Pelajaran Daerah Kerian.
Sekolah Kebangsaan Wawasan Pekan Baru mula beroperasi secara rasminya pada 9 Jun 2003. Murid-muridnya adalah pembahagian dari sekolah-sekolah rendah yang berhampiran seperti Sekolah Kebangsaan Seri Kerian, Sekolah Kebangsaan Methodist dan dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar. Jumlah murid pada tahun 2003 ialah seramai 136 orang dan jumlah guru seramai 9 orang termasuk caretaker.
No comments:
Post a Comment